Friday, September 11, 2009

perkara yg anda prasan atau saje buat2 x prasan

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
ye ke?? agak2nyer sape la 2 ye.. hiiiii3x

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
15 orang je ke??

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
yo la tu.. xde maknenyer..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
senyum musti la mau manis... sbb dgn senyuman takkan dpt penyakit kencing manis...hiii3X

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
siapakah itu?? adakah dia...??

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
bertuahnye andai aku amat bermakna dlm hidup seseorang itu ye...

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
ishh takkan la sampai camtu sekali!

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
of course i am... (perasaan jap)

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
alhamdulillah...ada gak yg menyayangi diri ini...

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
pecaye2.. slalunyer cam2 la kn..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
ooo ye ke... betul juga

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

yeah.. jika kau yakin yg kau boleh.. kau pasti blh melakukan.. ewah.. hik3x..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
tak hidup dek puji, tak mati dek keji...

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
kalaulah org 2 blh simpan rahsia..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
SAHABAT-SAHABAT BAIKKU...
percayalah anda adalah yg terbaik buatku
aku sayang kamu semua

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya...

1 comment:

♥z@z@♥ said...

lapangnye mama kter nie..bos xde ker?wink²